KUALA LUMPUR 9 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Syarikat Aplikasi Pendidikan OSEM yang membuat pembentangan pelan alternatif menangani kesenjangan capaian pendidikan di Malaysia.
Aplikasi OSEM adalah perisian yang menyimpan nota-nota kelas, bank soalan, tutorial yang dimuatnaik oleh guru-guru samada di sektor kerajaan ataupun swasta.
Para pelajar yang mahu mendapatkan aplikasi berkenaan perlu membayar dengan amaun rendah, manakala faedahnya mereka dapat melayari semua kandungan yang disediakan bagi membantu penguasaan mereka terhadap topik pembelajaran. OSEM juga menyediakan peluang kerjaya kepada belia di Malaysia.
Hadir dalam pertemuan ini ialah Sdr. Hasnul Hanif Harun, Setiausaha Agung MBM, Datuk Syed Osman Mohamed Exco MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin dan Sdr. Fauzi Fadzil, Felo Penyelidik MBM.