MAJLIS BELIA MALAYSIA

APBN pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan dan pencapaian belia Malaysia

PUTRAJAYA 11 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 anjuran Kementerian Belia dan Sukan bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya.

Majlis penyampaian anugerah kepada pemenang-pemenang telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Turut sama YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan; Tuan Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah JBSN; Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid, Presiden MBM; Exco dan Dewan Tertinggi MBM serta pengurusan tertinggi JBSN.

Tahniah kepada Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM yang dinobatkan sebagai Johan Kategori Individu Lelaki Anugerah Perdana Belia Negara dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM yang menerima anugerah Ikon Belia OKU.

Tahniah juga buat semua penerima anugerah sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan dan pencapaian belia Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »