MAJLIS BELIA MALAYSIA

Anwar nasihat belia jangan terpedaya dengan kelompok penunggang agama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan belia di negara ini supaya membentengi diri daripada terjerumus dan terpedaya dengan kelompok penunggang agama dan kaum di negara ini.

Malah, Perdana Menteri juga menggesa golongan belia supaya kekal komited menolak kezaliman, penindasan dan amalan rasuah yang berleluasa.

“Saya tegaskan kepada golongan belia untuk tidak terjerumus dan terpedaya dengan kelompok penunggang agama dan kaum yang sempit.

“Para belia juga diingatkan untuk komited menolak kezaliman, penindasan dan amalan rasuah,” katanya menerusi Facebook.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2023 di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, hari ini.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) setahun bagi memperkasakan golongan muda untuk memacu negara.

Perdana Menteri berkata, MBM mempunyai keistimewaan kerana ia badan yang mewakili persatuan, kaum dan agama yang boleh menyatukan belia dengan semangat perpaduan.

“Bagi memperkasa golongan muda untuk memacu negara, saya turut umumkan pemberian RM5 juta setahun kepada MBM.

“Saya berharap peruntukan ini dapat membantu MBM menjayakan aspirasi Malaysia Madani,” katanya. – Malaysiapost

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »