Oleh:
JUFITRI BIN JOHA
Naib Presiden MBM
&
MUHAMAD NURAZRI BIN ZAIRUDDIN
AJK Biro Pendidikan & Penyelidikan MBM
An Algorithm for Anti-Corruption
Berkata berkenaan isu rasuah umum pasti mengetahui bahawa ianya adalah satu jenayah yang senang terjadi dan sukar untuk dibendung. Rasuah ialah ibu segala jenayah kerana kebanyakkan jenayah berpunca atau mempunyai kaitan dengannya. Strategi yang efektif dan dinamik perlu diambil bagi menyelesaikan isu rasuah daripada terus merebak menjadi lebih teruk seterusnya meranapkan sesebuah kerajaan. Hong Kong adalah salah satu negara contoh terbaik dalam menangani isu rasuah di negara mereka. Dahulu negara ini adalah salah satu tempat paling korup di bumi pada tahun 1960-an dan awal 70an. Rasuah meluas dan dianggap sebagai “cara hidup”. Ia wujud seperti “dari buaian sehingga ke liang lahad”.
Rasuah dalam sektor awam, terutamanya agensi penguatkuasaan undang-undang adalah telah disusun dengan baik dan menjadi satu sindiket yang seolah-olahnya tidak melanggari undang-undang, ini seolah-olah satu penghinaan terhadap sistem keadilan jenayah. Sebagai contoh, pemandu teksi, akan membeli 1 label bulanan dari sindiket rasuah, melekatkannya di teksi dan ia akan menjamin pemandu teksi bekenaan bebas dari mana-mana pendakwaan trafik pada bulan itu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Bebas Hong Kong telah ditubuhkan bagi memerangi isu rasuah dan ianya mengambil masa lebih kurang lima tahun untuk membasmi sindiket rasuah di Hong Kong dianggap sebagai salah satu daripada masyarakat bebas rasuah di dunia.
Salah seorang arkitek utama yang bertanggungjawab dalam merangka, menyusun dan menggerakkan strategi bagi melawan sindiket rasuah adalah Mr. Bertrand de Speville, beliau merupakan Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Bebas Hong Kong. Selain itu juga beliau telah menjawat jawatan seperti, Bekas Peguam Cara, dan bekas penasihat kepada Majlis Eropah Multidisiplin berkaitan rasuah. Beliau telah hadir dan memberikan pandangan beliau berkenaan isu rasuah dan kaedah pencegahannya di dalam Perbincangan Meja Bulat Korporat Dalam Melawan Rasuah yang telah dianjurkan oleh Asian Strategy And Leadership Institute (ASLI) pada 17 julai 2017 di Royal Lake Club House, Kuala Lumpur.
Perbincangan turut dihadiri wakil Majlis Belia Malaysia (MBM) iaitu Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan & Penyelidikan MBM iaitu saudara Nurazri. Ia sebagai tanda komitmen MBM dalam mendokong perjuangan melawan rasuah di samping mempelajari pengalaman negara lain yang telah berjaya membasmi rasuah. Seimbas lalu dalam usaha membasmi rasuah, MBM telah membina kerjasama bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Transparency International (TI) Malaysia serta menganjurkan program bersama seperti Training of Trainers (ToT) bagi membentuk Skuad Anti Rasuah MBM. Di dalam waktu terdekat juga, MBM berusaha untuk terlibat menjayakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan mendengar taklimat terkini kajian berkaitan rasuah khususnya di kalangan mahasiswa. Usaha ini digerakkan oleh MBM berikutan kebimbangan kemerosotan kedudukan Malaysia di tempat ke-55 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016.
Mr. Bertrand de Speville telah menghasilkan satu formula dalam menangani isu rasuah dalam sesebuah negara yang dikenali sebagai Algebra Untuk Anti Rasuah. Tujuh poin penting yang akan mengurangkan kadar jenayah rasuah di sesebuah negara:
- Kehendak ahli politik
- Undang-undang khas bagi melawan jenayah rasuah
- Strategi nasional bekenaan anti rasuah
- Pelaksanaan strategi anti rasuah
- Sokongan awam
- Sumber kewangan (dana)
- Pengurusan prestasi kemajuan perancangan berkaitan anti rasuah
Mr. Bertrand telah berkongsi dan mengupas serba sedikit berkenaan tujuh perkara yang terdapat di dalam formula ini secara ringkas. Beliau juga menyatakan bahawa, setiap tujuh perkara ini perlu diselesaikan sebaik mungkin keran ianya adalah kunci kejayaan setiap gerakan antgi rasuah. Noktah pertama, kehendak ahli politik. Secara ringkasnya kerjasama ahli-ahli politik dari pelbagai ideologi politik seharusnya bersatu bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah disetiap negara masing-masing. Golongan ini selalunya dikaitkan dengan salah gunakuasa dan terlibat dalam gejala rasuah yang melibatkan jumlah yang besar di mata masyarakat umum. Bagi menepis persepsi masyarakat dan keberangkalian untuk perkara ini berlaku, ianya wajar bagi golongan ini memberi kerjasama terbaik dalam usaha memerangi jenayah rasuah. Ini bagi menunjukkan bahawa golongan ini benar-benar mahu melakukan perubahan dan membenci segala perbuatan yang berkaitan rasuah secara total. Bebas campur tangan politik dalam isu rasuah juga amat diperlukan bagi melicinkan pelaksanaan strategi yang telah dirancang.
Noktah kedua, ialah menggubal satu undang-undang khas bagi melawan rasuah yang sesuai dengan isu-isu rasuah yang terkini. Penggubalan undang-undang yang berkesan akan dapat mengurangkan jenayah rasuah. Setiap undang-undang yang berkaitan rasuah dan kuasa autoriti pihak pencegah rasuah perlu dikaji dan diperkukuh supaya dapat memperkukuhkan keberjayaan proses membasmi rasuah. Di Hong Kong, strategi menentang rasuah mesti bermula dengan penguatkuasaan yang berkesan ke atas sasaran utama, untuk menghapuskan halangan-halangan yang bakal berlaku, dan memperlihatkan kepada orang awam bahawa keinginan politik dan tekad untuk memerangi rasuah disetiap pelusuk negara. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah perlu mendapat sokongan orang awam kerana ianya merupakan kunci kejayaan.
Noktah ketiga dan keempat, merancana dan mengimplementasikan strategi nasional yang jelas untuk menentang jenayah rasuah. Strategi pencegahan rasuah bertujuan mengurangkan jenayah rasuah di sesuatu negara perlu meliputi setiap jabatan kerajaan dan institusi awam. Prinsip umum adalah untuk memastikan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti dalam semua perniagaan kerajaan. Bidang keutamaan ialah pemerolehan awam, kerja awam, pelesenan, perkhidmatan awam, penguatkuasaan undang-undang dan kutipan hasil. Strategi pencegahan rasuah yang komprehensif harus merangkumi setiap perkara di dalam sistem pentadbiran mengikut sistem pengurusan: pengurusan prestasi, pengurusan perolehan dan pengurusan kewangan. Terdapat dua strategi utama yang digunkan oleh pihak Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong iaitu strategi pencegahan yang efektif dan berkesan dari segi aspek penguatkuasaan. Beberapa komponen yang telah disenaraikan seperti kewujudan sistem aduan awam yang berkesan untuk menggalakkan pelaporan rasuah oleh orang awam dan rujukan dari institusi lain. ICAC mempunyai pusat laporan yang beroperasi 24 jam dan terdapat telefon awam yang sangat dikhaskan untuk memudahkan melaporkan segala aktivit berkaitan rasuah. Selain itu, sistem kerahsiaan yang berkesan dan perlindungan pemberi maklumat dan saksi sebagai usaha menggalakkan orang awam bekerjasama dengan ICAC. Strategi kedua ialah startegi pendidikan yang berkesan. ICAC mempunyai pelbagai strategi pendidikan awam yang sangat luas, dalam usaha untuk mendapatkan sokongan seluruh masyarakat dalam perkongsian untuk memerangi rasuah. Ia termasuk bekerjasama dengan media untuk memastikan kes-kes penguatkuasaan yang berkesan dapat diwar-warkan. Pendidikan media iaitu penggunaan iklan media massa untuk menggalakkan orang ramai melaporkan rasuah dan menggalakkan kesedaran awam terhadap kejahatan rasuah. Program pendidikan etika sekolah, bermula dari tadika hingga universiti. Penubuhan Kelab ICAC untuk menggalakkan orang ramai untuk menyertainya bagi melakukan kerja sukarela bersama ICAC dalam pendidikan masyarakat membenci dan menjauhi rasuah.
Noktah kelima, sokongan awam dalam usaha memerangi rasuah adalah perkara terpenting kerana perlakuan rasuah ini tidak hanya golongan atasan sahaja yang terlibat tetapi ianya juga melibatkan golongan bawahan dan pertengahan. Kenapa perlunya sokongan daripada orang awam adalah persoalan yang perlu kita fahami kerana semua pihak perlu bersatu padu melawan, menolak dan membantah budaya dan amalan rasuah dalam setiap perbuatan yang dilakukan. Misalnya, jika terlihat ada unsur-unsur rasuah dalam sesuatu perkara yang dilakukan oleh individu tertentu seharusnya kegiatan itu dilaporkan kepada pihak pencegahan rasuah agar dapat disiasat dan ditangkap suspek untuk diambil tindakan lanjut. Perihal orang awam juga amat penting dalam memahami jenis-jenis rasuah dan pencegahan yang sepatut mereka lakukan. Selain itu, orang awam dapat mengurangkan kadar salah laku rasuah dengan cara tidak terlibat scara langsung mahupun tidak langsung didalam sebarang aktiviti rasuah walaupun sekecil RM5. Contoh, orang awam tidak perlu mencuba rmemberi rasuah kepada pihak polis trafik selepas ditahan atas dasar kesalahan lalulintas. Secara mudahnya sokongan orang awam sangat diperlukan bagi mengurakan kadar rasuah di setiap negara.
Noktah keenam adalah sumber, ini merujuk kepada sumber kewangan yang diperlukan oleh pihak pencegahan rasuah dalam menangani isu rasuah. Suntikan dana daripada pihak kerajaan terutamannya amat diperlukan bagi mendapatkan peralatan moden bagi tujuan risikan yang seiring dengan zaman moden ini. Selain itu, dana amat diperlukan bagi melaksanakan program dan kempen bekenaan pendidikan rasuah untuk setiap peringkat lapisan masyarakat. Program dan kempen kepada orang awam oleh pihak yang mengendalikan perkara pencegahan rasuah dapat meningkatkan perasaan dan sifat kebersamaan dan keyakinan untuk mereka membantu mencegah rasuah yang bermula daripada mereka sendiri.
Noktah yang terakhir adalah pengurusan prestasi kemajuan program anti rasuah yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak pencegah rasuah. Pemantauan prestasi bekenaan strategi nasional, program dan kempen yang berkaitan anti rasuah perlu disemak secara berkala dan perlu dinilai tahap keberkesanannya terhadap golongan sasar. Ini adalah bagi memudahkan pihak-pihak tertentu mencari idea-idea baharu dan penambahbaikkan dalam merencana pelan tindakan yang lebih efektif dan tersusun dimasa hadapan. Perbincangan secara bersama dengan pihak kerajaan amat perlu bagi membaiki prestasi tindakan-tindakan yang lebih berkuasa daripada pihak kerajaan.
Di ruang sesi soal jawab, penulis tertarik berkenaan satu soalan yang dilontarkan oleh peserta perbincangan ini berkenaan adat budaya tradisional iaitu sistem upah. Sama ada upah ini tergolong di dalam kategori rasuah kecil dan adakah patut budaya ini dihapuskan. Mr. Bertrand berpandangan bahawa sistem upah adalah sesuatu yang sangat subjektif dan mempunyai keberangkalian yang tinggi berlakunya rasuah. Jika niat orang yang memberi upah berniat bahawa kerja yang dilakukan oleh seseorang itu patut menerima upah dan kerjanya adalah tidak salah di sisi undang-undang makanya ia adalah sah sebagai upah dan bukannya rasuah. Isu sama ada mahu menghapuskan budaya memberi upah perlu atau tidak ianya merujuk semula kepada situasi dan kerja yang dijalankan di antara mereka. Selagi ianya tidak salah di sisi undang-undang ianya masih boleh diteruskan.
Di dalam perbincangan selama dua jam ini, banyak memfokuskan perkara-perkara berkaitan sokongan awam daripada formula algorithm yang dicipta oleh Mr. Bertrand. Segala perkara yang melibatkan usaha membangunkan negara amat memerlukan sokongan daripada orang awam bagi merealisasikan agenda yang telah disusun terutama sekali di dalam isu rasuah ini. Konklusi yang dapat dibuat ialah isu rasuah ini adalah bermula daripada diri kita sendiri, kita yang menentukan hala tuju kita di dalam kehidupan. Berfikir sebaik mungkin sebelum melakukan jenayah rasuah kerana ianya memberi impak yang besar kepada diri sendiri dan juga negara.