MAJLIS BELIA MALAYSIA

‘Ambassador Talk’ platform kongsi aspirasi dan kejayaan China bangunkan ekonomi bersama belia Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Jan – Majlis Belia Malaysia (MBM), Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia dengan kerjasama Lapan Pertubuhan Belia Cina Malaysia (EMCO) dan Pusat Belia Antarabangsa telah menganjurkan program Ambassador Talk (Bicara Duta) Bersama Duta Besar Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing di Pusat Belia Antarabangsa di sini.

Bicara Duta ini merupakan penganjuran kali kedua sebagai simbolik hubungan baik kedua-dua negara khususnya dalam konteks pembangunan generasi muda. Peserta program terdiri daripada pemimpin persatuan belia, mahasiswa dan orang awam.

TYT Ouyang Yujing berbicara dan berkongsi aspirasi bersama belia-belia Malaysia mengenai pengalaman China membangun negara dalam tempoh 40 tahun untuk mencapai ke tahap ekonomi kedua terbesar dunia.

Naib Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez yang hadir mewakili Presiden MBM mengucapkan terima kasih kepada TYT Duta China atas ruang kerjasama yang terjalin dan berharap dapat dipertingkatkan khususnya dalam bidang baharu yang boleh diterokai belia Malaysia.

Pengantara majlis dan sesi Q&A dikendalikan oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Hadir sama Naib Presiden MBM Datuk Syed Osman Mohamed; Exco MBM Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi; Presiden EMCO Sdr. Wong Kam Loon; Presiden GEPIMA Ibrahim Mohamed; Setiausaha Majlis Belia OKU Sdr. Ghazali Othman; Presiden GRADUAN Sdr. Alvin Yup dan wakil gabungan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »