KLANG 10 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Raja Zarina Klang telah melaksanakan program “All About Girls” di sini dengan penyertaan seramai 20 orang pelajar berumur 15 hingga 18 tahun.
Program “All About Girls” bertujuan menyediakan ruang selamat kepada para pelajar yang merupakan golongan anak muda untuk membincangkan dan berkongsi perspektif berkenaan pengalaman gender dan kesaksamaan dalam pendidikan.
Sempena Bulan Kemerdekaan tahun ini, #allaboutgirlsMY dilaksanakan selaras dengan objektif Kelab Malaysiaku #SejahteraRZ untuk membina jati diri dan memberi sokongan kepada pelajar untuk berbincang isu-isu semasa serta memberi pengenalan berkenaan prinsip-prinsip demokratik melalui aktiviti kreatif.