AYER KEROH 24 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri majlis ringkas simbolik Agihan Sinar Kasih Negeri Melaka bersama MyfundAction, Relawan MBM dan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) bertempat di Kompleks Seri Negeri.
Simbolik penyerahan telah dilakukan oleh Cik Shahidah Othman, Ketua Unit Operasi Lapangan MyfundAction kepada YAB. Datuk Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka sebagai tanda penerimaan untuk belia negeri Melaka sambil disaksikan Presiden MBM dan Presiden MGBM. Agihan kotak sumbangan ini akan dilaksanakan oleh MGBM kepada penerima yang memerlukan.
Hadir sama pada majlis ini Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM, Sdr. Mohd Ridhwan Tun Mohd Ali, Presiden MGBM merangkap Exco MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM, Sdr. Mohd Nizam Omar Penolong Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Faiz Suhaimi Exco MBM dan Sdr. Muhammad Hanapi Jamaludin Felo Penyelidik MBM.