KUALA LUMPUR 14 Mei – Telah berlangsung ‘Acara 2 Meter Net Special’ sempena ambang sambutan Hari Belia Negara 2024 bertempat di rooftop Wisma MBM.
Program anjuran kali ke-3 ini merupakan kolaborasi di antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Persatuan Kebajikan Radio Amatur Ukhwah (KRAM).
Tujuan program ini diadakan bagi menyebarluas komunikasi dalam kalangan pengiat radio amatur Malaysia melalui frekuensi HF dan stesen sah selain menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara 2024.
Sempena program ini satu callsign khas Hari Belia Negara dengan panggilan 9M4HBN.












