Angkatan Belia Islam (ABIM) dalam akaun twitternya telah melancarkan Tabung Khas untuk keluarga Abu Qassim bin Nor Azmi yang telah meninggal dunia pada 17 Ogos 2014 akibat kemalangan jalanraya.
Berikut adalah laporan berita kemalangan tersebut.
http://www.hmetro.com.my/articles/ExcoMajlisBeliaMalaysiamautdilanggarlorikontena/MA/Article
Exco Majlis Belia Malaysia maut dilanggar lori kontena
Oleh Syazwan Msar
am@hmetro.com.my
Sumber polis berkata, mangsa yang bertugas sebagai pegawai statistik di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya kemudian mahu menaiki kereta jenis Naza Forte yang dipandu isterinya yang menunggu di kawasan sama.
“Ketika mahu menukar pemandu, datang sebuah lori kontena dari arah belakang merempuh mangsa sebelum diseret kira-kira 5 meter dari tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Taman Tuanku Gadut, Negeri Sembilan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pemandu lori berkenaan melarikan diri sebaik kejadian terbabit namun pihak polis sudah mengenalpastinya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gambang,” katanya.