MAJLIS BELIA MALAYSIA

ABIM anjur Sekolah Sukarelawan MYVOC Majlis Belia Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Nov – Sekolah Sukarelawan MYVOC Majlis Belia Malaysia (MBM) edisi kali ini telah berlangsung dengan jayanya di bawah kelolaan Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) pada 16-17 November bertempat di Hotel Pudu Plaza.

Peserta-peserta yang hadir merupakan penggerak sukarelawan ABIM dipelbagai peringkat. Enam fokus bengkel dalam Sekolah Sukarelawan MYVOC iaitu :

1. Tatacara Pengurusan Bencana

2. Asas Pertolongan Cemas

3. Asas Pengendalian Radio Amatur

4. Asas Sokongan Orang Kurang Upaya

5. Asas Bantuan Psikologi

6. Water, Sanitation & Hygiene (WASH)

Penceramah terlibat terdiri daripada individu yang mahir dalam bidang masing-masing antaranya Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA), Malaysian Relief Agency (MRA) dan Rahmah Support Team -RST

Pada hari terakhir peserta didedahkan dengan Simulasi Pengurusan Bencana dan perbincangan Pelan Tindakan Bencana.

Majlis penutup disempurnakan oleh Exco MBM, Sdr. Ibnu Isa merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir.

Hadir sama Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM dan Sdr. Aliemran Norasid, Setiausaha Agung ABIM.

Penganjuran ini merupakan inisiatif daripada MBM, KBSMalaysia, JBSNegara Rakan Muda dalam memperkasa sukarelawan belia dalam segmen Rakan Prihatin.

Semoga segala ilmu kesukarelaan yang diperolehi dalam program ini mampu menjadi nilai tambah kepada sukarelawan-sukarelawan ketika berada di lapangan nanti.

Sumbangan anda mampu menghadirkan senyuman kepada mereka yang ditimpa musibah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »