MAJLIS BELIA MALAYSIA

55 orang ahli badan gabungan MBM dilantik sebagai Pemerhati PRU-15

SELURUH NEGARA 19 Nov – Seramai 55 orang ahli badan gabungan Majlis Belia Malaysia telah dilantik sebagai Pemerhati Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang telah ditugaskan di 33 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Pemerhati PRU15 ini ditugaskan melaporkan proses dan perjalanan pilihan raya bermula dari Hari Penamaan Calon sehingga Pengisytiharan Keputusan.

Inisiatif penglibatan belia sebagai pemerhati dalam pilihan raya ini sebagai platform menyediakan golongan belia yang berpengetahuan dan peka terhadap proses pilihan raya di Malaysia selain membantu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR melaporkan sebarang kesalahan atau pelanggaran dalam Tataetika Pilihan Raya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »