MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadir Majlis Pelancaran Boom Radio di Dadi Cinema

Kuala Lumpur | 31 Mac – Datuk Syed Osman Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM bersama Timbalan Pengerusinya Sdr. Syed Mohamed Naquib Syed Abdul Rahman telah menghadiri Majlis Pelancaran Boom Radio di Dadi Cinema, Pavilion.

Boom Radio merupakan radio dalam talian, koloborasi antara KRU Media Sdn Bhd dan Astro Radio yang menawarkan 40 lagu tempatan, serantau dan antarabangsa, di samping berita hiburan terkini dan terhangat yang boleh diakses melalui aplikasi SYOK.

Majlis Pelancaran ini telah dihadiri oleh Dato’ Norman Abdul. Halim, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KRU Media Sdn Bhd dan Kenny Ong Chun Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »