MAJLIS BELIA MALAYSIA

50 sertai persidangan belia antarabangsa

SEREMBAN 18 Sept 2010. – Seramai 50 orang delegasi belia dari beberapa buah negara menghadiri Persidangan, Perkhemahan dan Kebudayaan Belia Antarabangsa 2010 di negeri ini bermula hari ini sehingga 23 September ini.

Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS), Wan Mohd. Fazamy Azwandy Mohd. Razalli memberitahu, ia merupakan program kali keempat sejak diperkenalkan pada 2007.

”Antara topik yang akan dibincangkan dalam persidangan ini adalah ancaman-ancaman terhadap belia dalam industri pelancongan, pemerdagangan manusia serta pembaharuan program homestay,” katanya di sini, hari ini.

Wan Mohd. Fazamy menambah, beberapa program susulan turut diadakan termasuk program keluarga angkat.

”Peserta akan membuat persembahan kebudayaan masing-masing selain menyertai aktiviti penduduk setempat mengemping padi, memotong buluh untuk membuat lemang, memasak dodol dan sebagainya,” ujarnya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »