MAJLIS BELIA MALAYSIA

4B Bersama MBWP Hantar Sukarelawan Pasca Banjir ke Perak dan Pahang

3 Jan 2015 – Pasukan Sukarelawan Pasca Banjir Sukarelawan Gerakan Belia 4B Malaysia dan MBWP bersama-sama Kesatria Muda Keselamatan KDN dan Biro Keselamatan Awam PPUM telah bergerak ke Perak dan Pahang untuk membantu membersih dan mencuci premis-premis awam dan rumah penduduk yang terjejas.

Misi ini terbahagi kepada tiga kumpulan.
Kumpulan pertama akan bertugas di Kuala Lipis, Pahang
Kumpulan kedua akan bertugas di Kuala Kangsar, Perak
Kumpulan ketiga akan bertugas di Balik Pulau, Pulau Pinang

Seramai 130 orang sukarelawan menyertai usaha murni ini dan kesemua mereka telah diberikan dos suntikan pencegahan penyakit dengan kerjasama pihak Hospital Kuala Lumpur

 

IMG-20150103-WA0041 IMG-20150103-WA0040 IMG-20150103-WA0038 IMG-20150103-WA0036 IMG-20150103-WA0037 IMG-20150103-WA0034

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »