Seramai 3,000 peserta memeriahkan Larian Yakin Boleh Belia Malaysia sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 di Banda Hilir di sini hari ini.
Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, YB VP Shanmugam berkata larian sejauh 3.4 kilometer itu bermula di Jalan Parameswara melalui Jalan Melaka Raya, Jalan Plaza Mahkota, Jalan Merdeka dan berakhir di Padang Dataran Pahlawan.
Majlis pelepasan disempurnakan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Program ini diselaraskan oleh Gerakan Belia 4B Malaysia bersama Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).
Hadir sama Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka, YB VP Shanmugam Pitchay; Presiden Majlis Belia Malaysia, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid; Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Ridhwan Mohd Ali dan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka, Datuk Dira Abu Zahar.