KUALA LUMPUR 16 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid telah hadir menyempurnakan Majlis Penutup JCI Malaysia Area Central South Convention (2023 JCIM ACSC) bertempat di Hotel The Vertical, Bangsar.
JCIM ACSC anjuran JCI Kuala Lumpur ini mengumpulkan seramai 490 orang ahli JCI dari Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan Johor.
Pelbagai pengisian diadakan sempena konvensyen tersebut seperti mesyuarat agung, latihan kemahiran pengurusan peribadi dan organisasi, peluang perniagaan, perbincangan ekonomi, komuniti selain penganugerahan.
Hadir sama Presiden JCI Malaysia, Sdr. Matt Ngai dan Pengerusi JCI Kuala Lumpur, Sdri. Kong Yue Ning.
Tahniah JCI Kuala Lumpur!

