26 Oktober 2015; Blues Manos, Beijing
Mempromosikan negara bukan hanya terletak kepada tanggungjawab kerajaan semata-mata. Setiap individu masyarakat di dalam sesebuah negara bertanggungjawab dan berperanan untuk mengangkat nama baik negaranya dalam apa keadaan dan program sekalipun.
Menyedari hakikat itu, program 2015 International Youth Organization Forum & Beijing Sister City Youth Camp telah di adakan di Beijing pada 19 hingga 25 Oktober 2015 yang lalu.
Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghantar seramai 4 orang peserta di bawah usia 25 tahun iaitu Saudara Chok Mei Fei, Saudara Akmal Fadli, Saudari Nur Azizah dan Saudari Nur Azeken. Delegasi Malaysia ini diketuai oleh Saudara Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Wang Hangtao, Vice President of Beijing Youth Federation, manakala penutupan rasmi oleh Zhang Changchun, Director Division for Management of Foreign Related Affairs, Foreign Affair Office of the People’s Government of Beijing Municipality.
Program ini merupakan anjuran bersama Beijing Youth Federation, Foreign Affairs Office of the People Government of Beijing Municipality dan Beijing People’s Association for Friendship with Foreign Countries. Ini merupakan pegajura tahun keempat yang telah melibatkan penyertaan lebih 1000 orang belia dari seluruh dunia.
Penganjuran tahun 2015 bertemakan Youth and the Rule of Law telah menarik penyertaan seramai 120 orang peserta dari 25 buah negara. Fokus utama program ini ialah untuk mengajak belia seluruh dunia menghayati kepentingan peraturan dan perundangan dalam konteks pembangunan belia dan seterusnya untuk negara.
Program ini juga mengajak para peserta membiasakan diri dengan bandaraya Beijing di samping menyaksikan kepesatan pembangunan dan kemajuan diri masyarakat di bandar ini. Disamping itu juga, menerusi program sebegini, para delegasi seluruh dunia berpeluang berkongsi pandangan atau pendapat tentang amalan gaya hidup baru belia Beijing dan memahami polisi Youth Rights Protection and City Governance yang dilaksanakan. Delegasi juga berpeluang menyampaikan pandangan berkaitan “Youth and the ule of Law di negara masing-masing.
Penganjur juga mengambil peluang ini mengadakan 3 subs-forum bertajuk ”Construction of Legal System and City Governance”, “Youth Legislation and Youth Policy”, dan Youth Right Protection and Crime Preventation”.
Delegasi Malaysia telah menyampaikan pembentangan di bawah topik Youth Legislation and Youth Policy dengan membawa sudut pandang menerusi input dari Dasar Belia Malaysia 2015 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Belia Negara 2015 pada Mei lalu di Putrajaya. Pembentangan yang disempurnakan oleh Saudara Chok Mei Fei telah mendapat perhatian dan fokus cemerlang dari seluruh peserta yang hadir.
Para peserta juga dibawa melawat beberapa institusi dan tempat bersejarah seperti Gubeikou Village di Miyun County, Miyun Youth Camp Internation, Beijing Hyundai Motor Company, Beijing ElectricVehicle Co. Ltd, The Environmental Protection Propaganda Center of Beijing, National Aquatic Centre (Water Cube), National Stadium (Bird’s Nest), The Shaolin Martial Arts School, Tiananmen Square, The Qianmen Street, The Silk Street dan Beijing International Studies University (BISU).