MAJLIS BELIA MALAYSIA

1MYC MUAY KARNIVAL 2016 : TANJONG MALIM

whitebase

1MYC MUAY KARNIVAL 2016 : TANJONG MALIM

Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Majlis Belia Daerah Tanjung Malim akan bekerjasama dalam menjayakan “1MYC Muay Karnival 2016” yang akan berlangsung pada 9 hingga 10 April 2016 di Arena Square, Tanjung Malim, Perak bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

1MYC Muay Karnival 2016 (1Malaysia Youth City) ini akan memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat sendiri pertarungan seni mempertahankan diri (Muay) di dalam satu gelanggang yang mengumpulkan jaguh-jaguh dalam aliran seni ini yang akan berentap bagi merebut piala serta wang tunai.

Karnival ini bukan sahaja akan mempersembahkan aksi seni mempertahankan diri Muay malah akan memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil tempatan untuk turut serta dalam menjayakan karnival ini dengan menglibatkan diri dalam acara jualan yang disediakan.

Pada hari Ahad, 10 April 2016, pengunjung akan berpeluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti sampingan yang akan diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak dikelolakan KEMAS, Zumba, pertandingan karaoke dan pelbagai lagi acara menarik yang disediakan.

Masuk adalah percuma. MBM menjemput semua masyarakat terutamanya golongan belia untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini.

TENTATIF PROGRAM “1MYC MUAY KARNIVAL”

Sabtu 09hb dan Ahad 10hb April 2016

Arena Square, Tanjung Malim

 

9 April 2016 (Sabtu)

08.00pg           –           Timbang Berat

10.00pg           –           Saringan pertama

1.00ptg            –           Persembahan Selingan

2.00tgh            –           Saringan Kedua

4.00ptg            –           Persembahan Selingan

5.00pg             –           Saringan Ketiga

6.00pg             –           Pertandingan karoke anak muay

7.30pg             –           Pentas disiap sediakan bagi acara final

8.00mlm          –           Pentas Akhir Pertandingan Muay

10.30mlm        –           Bersurai

 

10 April 2016 (Ahad)

09.00pg           –           Senaman Pagi

– Zumba

– Poco-poco

– Senam Robik

10.00pg           –           Pertandingan Mewarna

12.00pg           –           Pertandingan Pidato

2.00tgh            –           Karoke open

4.00ptg            –           Bersurai

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »