Seremban 6 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM ) melalui Jawatankuasa Khas Kebudayaan, Sukan dan Gaya Hidup Sihat buat julung kali bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara dan persatuan-persatuan sukan menganjurkan program 1 Belia 1 Pengadil (1B1P) bertempat di Majlis Sukan Negeri Negeri Sembilan selama 3 hari.
Program bertujuan memberi asas kepengadilan kepada peserta dari kalangan belia dalam sukan massa. 3 sukan yang dipilih adalah sukan bola sepak, bola Jaring dan sepak takraw.
Sdr Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM dalam ucapan pada penutup program menekankan perlunya penglibatan belia dalam aktiviti kesukanan diperluaskan melangkaui sebagai penonton atau peserta.
Majlis disempurnakan oleh En. Fouzee Abdul Aziz Pengarah Majlis Sukan Negeri yang mengucapkan terima kasih kerana Negeri Sembilan dipilih sebagai permulaan program ini. Beliau seterusnya mengajak peserta untuk terus terlibat dalam program ini sehingga ke peringkat lebih tinggi dan menawarkan kursus-kursus peningkatan lain di bawah MSN.
Program 1B1P telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaludin Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 3 November pada persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN ).
1B1P seterusnya akan diadakan di Perak pada 25-27 November 2016 dan seterusnya di Melaka.