DALAM TALIAN 15 Jan – Program Intervensi Pra Pekerjaan Untuk Penerima Faedah Peneraju Skil di bawah inisiatif Prokens telah berakhir dengan jayanya pada 15 Januari lalu setelah melalui pelaksanaan sebanyak 22 siri secara dalam talian dan satu siri fizikal di Sg Petani, Kedah.
Bermula Oktober 2022, program ini mengumpulkan seramai 1,856 orang peserta di kalangan penerima faedah Peneraju Skil dari beberapa institusi kemahiran di bawah Yayasan Peneraju bertujuan membina keyakinan, perancangan masa depan dan persediaan dalam skop ‘soft skills’ sebelum mereka memasuki alam pekerjaan.
Prokens dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) disokong Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) yang turut membiayai sepenuhnya dana program ini.
Program soft skills untuk belia di bawah Jawatankuasa Latihan dan Kepimpinan MBM ini dimulakan sejak 2018 antara produk utama dan berjaya dari MBM untuk generasi muda.
Terima kasih kepada pihak Yayasan Peneraju atas kepercayaan, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
Tahniah Ketua Pengarah Prokens, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali merangkap Penolong Setiausaha Agung MBM, fasilitator, trainer, urus setia dan sekretariat yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Insha Allah, Prokens akan dijenamakan dan dikembangkan keperingkat yang lebih jauh sebagai produk kemahiran insaniah terbaik MBM untuk anak muda.