MAJLIS BELIA MALAYSIA

18 Jam, 4 Negeri: MBM Dekati Aspirasi Belia Dari Akar Umbi

PERAK 3 Okt – Majlis Belia Malaysia meneruskan usaha mendekati belia di peringkat akar umbi menerusi program Turun & Dengar yang merentasi empat buah negeri dalam tempoh 18 jam, bermula dari Perlis sehingga lewat malam di Perak.

Program tersebut dimulakan di sebuah warung sekitar Perlis bersama Dr. Azizan, yang berkongsi pengalamannya sebagai Setiausaha Kerja ketika Anwar Ibrahim menerajui MBM.

Sesi diteruskan dengan Program Literasi Demokrasi anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis, yang menampilkan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Farhan Rosli, sebagai ahli panel.

Seterusnya, delegasi MBM menyambung sesi Turun & Dengar bersama Majlis Belia Negeri Kedah, Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Majlis Belia Negeri Perak yang berlangsung sehingga lewat malam.

Program ini merupakan sebahagian daripada kerja berterusan MBM di peringkat pusat, dengan pimpinan turun ke lapangan beberapa kali setahun bagi mendengar perkembangan dan realiti di akar umbi. Pendekatan duduk bersama dan berdepan ini dilihat lebih berkesan kerana keadaan sebenar lebih mudah difahami apabila disampaikan secara langsung.

Menerusi pertemuan tersebut, MBM turut menegaskan bahawa memahami gerakan belia tidak cukup dengan membaca tentang mereka, malah perlu duduk bersama insan yang menghidupkannya.

Hadir mewakili MBM ialah Setiausaha Agung, Sdr. Ahmad Farhan Rosli, Naib Presiden, Sdri. Jessy Ng Chor Eng, serta Penolong Setiausaha Agung, Sdr. Muhammad Syahmi Shamsudin.

Belia Bertindak untuk Kebenaran & Keadilan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »