MAJLIS BELIA MALAYSIA

1500 Orang Hadir Membajiri Karnival Sukan Belia Negaraku @ Pekan Pahang

Pekan 6 Mei – Karnival Sukan Belia Negaraku @ Pekan Pahang berjaya dilangsungkan dengan jayanya di DRB-HICOM University of Automotive Pekan Pahang pada 5 Mei 2018.

Antara aktiviti sukan yang diadakan ialah pertandingan sepak takraw, bola jaring, bola tampar, futsal, liga penalti wanita dan pertandinga orang kuat Pekan. Disamping itu terdapat pertandingan kereta tamiya, pertandingan mewarna dan pameran 1belia 1kemahiran.

Kemeriahan karnival kali ini menampilkan rajalawak tersohor dan bekas atlet negara.

Turut diadakan sesi Walkabout bersama Setiausaha Sulit Perdana Menteri Merangkap Pengerusi MBD Pekan YBrs. Encik Ahmad Ali dan anak kepada Perdana Menteri Malaysia.

Majlis perasmian ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri. Sh. Mohmed Puzi Bin Sh. Ali Calon Dewangan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya N21. Turut hadir Pendaftar DRB-HICOM University of Automotive Malaysia YBrs. Encik Nazru Ismail, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Presiden MBN Pahang Sdr. Wan Emril Nizam, Pengerusi MBD Pekan Merangkap Setiausaha Sulit Perdana Menteri Sdr. Ahmad Fitri Ali, Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan dan Exco MBM Sdr. Wan Mohd Husni…

Dalam karnival ini juga disediakan cabutan nombor bertuah.

Pada penutup kepada karnival ini diadakan perlawanan persahabatan bola jaring diantara Malaysia Legend All Star dengan Pilihan Pekan dan bola sepak diantara Malaysia Legend All Star dengan MYT MBM.

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »