MAJLIS BELIA MALAYSIA

150 kit #projectunderwear diedarkan di PPS SK Sungai Kelamah

TAMPIN 10 Dis – Sebanyak 150 kit #projectunderwear Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sungai Kelamah, Tampin pagi ini.

Sumbangan ini sampaikan dalam program Santuni Mangsa Banjir Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh di sini.

Usai menyampaikan bantuan, YB Menteri sempat meninjau kemudahan dan menyantuni beberapa mangsa banjir yang berlindung di PPS ini.

PPS ini menempatkan seramai 206 mangsa dari 56 keluarga dari kampung sekitarnya yang terkesan dengan peringkat ketiga gelombang banjir.

Selain sumbangan tuala wanita, turut diagihkan sumbangan khemah tajaan Decathlon dan Bakul Ihsan Madani KBSMalaysia.

Program ini turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri, Gemencheh, YB Suhaimizan Bizar dan Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan, Sdri. Muhaizzahera Wati Hashim mewakili MBM.

Turut hadir kepimpinan MBN Negeri Sembilan dan gabungannya.

Terima kasih Libresse atas tajaan pek tuala wanita dan sebahagian sumbangan orang ramai.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »