Putrajaya 10 April– Seramai 38 orang wakil Badan Gabungan MBM yang terdiri daripada pertubuhan kebangsaan dan Majlis Belia Negeri telah hadir bagi menyertai Program Pemantapan Pertubuhan dan Majlis Penyerahan Bantuan Pengupayaan Pertubuhan Belia anjuran Majlis Belia Malaysia yang diadakan di Dorsett Hotel, Putrajaya pada 8 April 2017.
Inisiatif ini merupakan salah satu usaha MBM bagi menghakupayakan pertubuhan-pertubuhan belia dalam memastikan kelangsungan gerakan belia peringkat akar umbi. Turut serta adalah 80 wakil Majlis Belia Daerah-daerah seluruh Malaysia.
Program ini merupakan program penerangan berterusan yang dijalankan di peringkat zon dan negeri. Ia meliputi semua aspek pengurusan organisasi; pengurusan organisasi, pentadbiran kewangan, dan integriti organisasi. Program ini sekaligus dapat memantapkan lagi sistem pentadbiran yang sedia ada selain dapat meningkatkan lagi kecekapan pertubuhan belia seiring dengan kemajuan negara.