KOTA BHARU 15 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan ziarah Negeri Kelantan dan sesi diskusi bersama kepimpinan Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh diketuai Sdr. Mohamad Firdaus dan Majlis Belia Jajahan Pasir Mas pimpinan Sdr. Ikhwan Haqim.
Banyak perkara dibincangkan termasuk platform pasca umur belia dan perkembangan MBJ.
Turut sama dalam pertemuan ini Sdr. Hafizul Nizam Abdullah, Yang Di-pertua Majlis Belia Negeri Kelantan dan barisan Exco. Di sebelah siang (15 November), Sdr. Jufitri sempat bersarapan dengan Timbalan Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Kelantan dan Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi dari Fakulti Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan berbincang tentang pembukuan sejarah gerakan belia dan pola pengundian anak muda Sarawak.