KUALA LUMPUR 11 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid hari ini hadir atas undangan sebagai panelis di program Wacana Aspirasi UMNO (WAU): Cabaran dan Masa Hadapan Orang Muda di Auditorium UMNO.
“Anak muda hari ini bukan malas, mereka mahukan peluang yang ada untuk memajukan diri setelah terkesan dengan pandemik buka lagi bercakap tentang dasar dan polisi semata-mata”, ujar Izzat.
Terdahulu program ini dirasmikan oleh Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Selain Izzat, panel lain terdiri daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker; Presiden MAYC Sdr. Mohd Al-Hafizi Abu Bakar dan Pemangku Presiden Belia 4B, Sdr. Fahami Ashrof Badaruddin.
MBM menyambut baik usaha ini dan wajar dicontohi semua parti politik dalam memberi ruang kepada pimpinan belia menyampaikan aspirasi anak muda untuk agenda pembangunan negara. Hadir sama pemimpin-pemimpin persatuan belia dan NGO belia tempatan.