MAJLIS BELIA MALAYSIA

Wanita Hari Ini – Slot Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja

KUALA LUMPUR 9 Mac – Slot Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja bersama Dr Kamarul Bahyah Mustafa, Pakar O&G merangkap Jurulatih Akademi Dermaga telah diadakan secara dalam talian (Zoom dan Live FB).

Diriku Permata Berharga (DERMAGA) merupakan platform menyebar luas pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan kesihatan reproduktif sosial dan remaja seterusnya melahirkan komuniti prihatin yang berpengetahuan tentang pendidikan kesihatan reproduktif.

Slot ini merupakan salah satu siri perkongsian isu yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2021. Sesi ini dihoskan oleh Alia Shuhada, pegawai Sekretariat MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »