PUTRAJAYA 17 Jan – YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan sesi “town hall” bersama Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) bertempat di Dewan Podium Menara KBS di sini.
Turut sama dalam sesi ini YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta barisan pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pimpinan MBM diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM; Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Pengerusi Tetap MBM serta barisan Exco dan Dewan Tertinggi MBM.
Sesi “town hall” ini telah diadakan bagi mendengar pandangan dan permasalahan di kalangan pemegang taruh persatuan belia di Malaysia.
MBM mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri dan Timbalan Menteri serta pengurusan tertinggi KBS atas inisiatif menganjurkan sesi “town hall ini”.


































