Cheras 15 Februari – TOT Inovasi Sosial anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Selangor (ABIM Selangor) dan Foresight Studio telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari dari 12 hingga 13 Februari 2016 yang bertempat di Kompleks Darul Puteri , Cheras Kuala Lumpur. Seramai 21 peserta yang hadir dan dimana turut hadir Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM.
Slot pertama bertajuk Inovasi Sosial Dalam Pembangunan Belia : Kebangkitan Generasi Belia Yang Mandiri , Inovasi Dan Membentuk Zamannya oleh Sdr. Ahmad Naim Jaafar Foresight Studio. Beliau menyatakan inovasi sosial bermaksud idea, inisiatif, projek, program dan ‘startup‘ yang diwujudkan bagi menyelesaikan masalah sosial yang tidak mampu diselesaikan oleh individu, organisasi dan institusi terdahulu. Inovasi terbahagi kepada 3 iaitu teknologi , bisnes dan sosial. 2 kumpulan generasi belia adalah berinstitusi (melalui proses pendidikan formal sehingga tahap ijazah/sarjana dan mereka percaya bahawa kejayaan mereka perlu melalui proses bersifat institutional dan secara tersusun) dan startup (melalui proses pendidikan dan pembangunan secara startup. Mereka percaya kejayaan mereka berdasarkan usaha mereka sendiri).
Slot kedua Young Changemakers : From Idea To Reality menampilkan 3 ahli panel iaitu Sdr. Afiq Sazlan (HAS Filmmaking Academy), Sdr. Khairullah Zainuddin (Usahawan Budak Sekolah – UBS) dan Cik Puan Sharifah Sharina (Projek Iqra). Ketiga-tiga ahli panel tersebut berbicara mengenai projek inovasi sosial masing-masing, yang dapat merangkumkan kepada 3 kualiti peribadi yang sangat jelas ada pada mereka:
1. Mereka adalah ‘Person of Values’ dan bukan ‘Person of Success. Mereka sentiasa fokus kepada nilai (baca sebagai Manafaat) berbanding menonjolkan simbol-simbol kejayaan.
2. Sumber motivasi mereka dari dalam diri (inner locus). Jadi walau bagaimana pun cabaran dan halangan luaran, mereka senyum sahaja dan jalan terus.
3. Mereka meletakkan tanda aras pencapaian mereka kepada Impak yang berjaya dicipta daripada sebarang projek.
Sdr. Afiq Sazlan menyatakan 3 perkara penting konsep lingkaran (circle) iaitu semangat, bakat dan ekonomi. Video adalah kandungan yang paling penting dalam FB, filem adalah untuk memberi orang rasa dan orang media adalah tugasnya menjelaskan teori-teori kepada bentuk kreativiti.
Sdr. Khairullah menerangkan tentang UBS yang melaksanakan konsep pendidikan keusahawanan seawal peringkat sekolah rendah dan menengah. UBS ini mengajar bagaimana menjual, mengenali pelanggan dan berkaitan pengurusan, Konsep permulaan perniagaan dalam UBS adalah pecahan 2 perkara iaitu lean startup (bermula dengan apa yang ada ditangan / bakat kemahiran) dan media sosial.
Cik Puan Sharifah Sharina menjelaskan idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita. Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat.
Slot ketiga Anak Muda dan Keusahawanan Sosial : Ecosistem Malaysia dan ASEAN oleh Sdr. Hairol Ahmad (MAGIC) menerangkan 2 perkara penting iaitu modal permulaan dan peneraju serantau bagi ekonomi bangsa.
What is Social Enterprise ??
A social enterprise is an organization that applies commercial strategies to maximize improvements in human and environmental well-being—this may include maximizing social impact alongside profits for external shareholders.
Slot 4 : Design thinking for social innovation oleh Sdr. Yusry Yusoff (Ainon Business School – ABS) cipta sesuatu benda dalam menyelesaikan masalah. Idea akan dikatakan tidak logik jika tidak dibuktikan. Inovator adalah menlogikkan benda yang luar biasa. 2 items design thingking : creative and critical. Inovasi mempunyai 3 ciri iaitu praktikal, mudah dibuat dan murah.
Di akhir program ini pembentangan pelan tindakan oleh Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM perancangan penubuhan komuniti nasional, merancang program latihan, jaringan, mewujudkan Youth Center (Inovasi Sosial) dan pencarian bajet.