MAJLIS BELIA MALAYSIA

Timbalan Perdana Menteri sambut Ulangtahun MBM kali ke-63

Serdang, 23 Julai 2011 – Pada tarikh hari ini, maka genaplah 63 tahun Majlis Belia Malaysia (MBM) ditubuhkan. Dalam jangkamasa ini juga, pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui oleh MBM dan sehingga kini MBM masih lagi relevan dengan arus perjuangan belia di Malaysia. Upacara memotong pulut kuning dan kek telah disempurnakan oleh YAB. Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri ketika menghadiri Perhimpunan Gagasan Kepimpinan Generasi Muda anjuran MBM di MAEPS, Serdang. Himpunan ini telah dihadiri oleh lebih 2000 orang peserta yang terdiri dari generasi pemimpin muda dari seluruh Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, YAB TPM mahu pemimpin generasi muda terus berusaha bersama kerajaan dalam mengekalkan keharmonian negara dan menangkis dakyah-dakyah yang direka oleh beberapa pihak yang cuba menggugat keamanan negara. Pada majlis ini juga, YAB TPM telah melancarkan Tabung YCARe Majlis Belia Malaysia yang ditubuhkan bagi membantu belia-belia yang ditimpa bencana. Bersempena itu juga, MBM turut menyampaikan sumbangan YCARE kepada beberapa individu termasuklah Adik Hairuman.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »