KUALA LUMPUR 27 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) antara NGO yang diundang menghadiri sesi Taklimat bagi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat (GEG) yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin di Hotel Seri Pacific.
Majlis ini bertujuan memberi penerangan mengenai Akta RUU dan pelaksanaan GEG bagi melarang aktiviti merokok dan membeli rokok termasuk rokok elektronik kepada mereka yang lahir 1 Januari 2007 dan seterusnya sebelum dibentangkan di Parlimen.
MBM diwakili Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun.
Hadir sama Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Sdr. Naseer Mohamed dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Sdr. Muhd Fazreen Ismadi.