GOPENG 30 Januari – Program Take5 Youth Camp anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah berlangsung selama 3 hari 2 malam (28-30 Januari 2022) di Murni Camp, Gopeng Perak. Take5 merupakan salah satu program dibawah inisiatif Komuniti Minda Sihat Belia Malaysia (Skuad BeMind).
Program ini merupakan langkah respon awal kesihatan mental kepada golongan belia melalui aktiviti outdoor disamping menyediakan ruang interaksi positif dalam membentuk kumpulan sokongan sosial minda sihat dalam kalangan komuniti #LetsTalkMindaSihat
#Take5MBM hari pertama telah berlangsung sesi pendaftaran, taklimat dan ice breaking bersama 24 orang peserta mewakili badan-badan gabungan MBM.
Hari 2 #Take5MBM dimulakan dengan senaman pagi dan aktiviti kumpulan. Seterusnya aktiviti disambung dengan sesi Camp Craft dan Survival Skill. Peserta telah diberi pendedahan tentang cara mendirikan ‘shelter’, ikatan tali, memasak di hutan, dan latihan asas kecemasan seperti ikatan anduh dan stretcher.
#Take5MBM diteruskan dengan slot ‘Effective Communication’yang disampaikan oleh Dr Raja Lope Adam bin Raja Hussian, Pakar Psikiatri, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Para peserta telah mempelajari tentang kaedah komunikasi berkesan meliputi kemahiran mendengar, menyoal dan menjawab serta memberikan tindak balas yang sesuai. Komunikasi yang efektif adalah penting dalam memberi semangat dan memudahkan rakan-rakan atau ahli keluarga untuk meminta pertolongan selain dapat menimbulkan perasaan selesa sesama sendiri ketika menghadapi krisis.