BENTONG 30 Januari – Sukarelawan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) telah membuat serahan sumbangan berupa 270 unit beg sekolah dan pek makanan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Karak, manakala 70 unit beg sekolah dan pek makanan dikirimkan ke Sekolah Kebangsaan Jambu Rias, Karak.
Tumpuan diberikan kepada anak-anak daripada keluarga yang terkesan teruk akibat banjir. Semoga menceriakan hari baru persekolahan mereka.
Edaran beg sekolah ini juga disertakan sekali dengan sumbangan pek barangan makanan sumbangan daripada Pengerusi PR1MA Homes, Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahaya.
Terima kasih juga kepada Juara Travel & Tours Sdn Bhd atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan untuk disampaikan kepada penerima.
Untuk rekod, sebanyak 750 unit beg sekolah telah disumbangkan oleh pihak Juara Travel kepada MBM dan KAGUM untuk disumbangkan kepada penerima. Amanat pengasasnya sebelum beliau pulang ke Rahmatullah telah kami sampaikan.
Hadir mewakili Presiden MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin Felo Penyelidik MBM.