KUALA LUMPUR 6 Mei – Sidang Dewan Tertinggi Khas Majlis Belia Malaysia (MBM) telah berlangsung secara dalam talian bersama 41 pemimpin tertinggi badan gabungan MBM untuk penetapan tarikh Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-69.
MPAT ini juga merupakan tahun pemilihan kepimpinan MBM untuk sesi seterusnya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap MBM, YB Mohd Syahbuddin Hashim.
Hasil kesepakatan, mesyuarat bersetuju untuk mengadakan MPAT MBM kali ke-69 pada bulan Ogos nanti.