KUALA LUMPUR 10 Jun – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) terdiri dari Exco dan Ahli Dewan Tertinggi telah menghadiri undangan Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bersama Kepimpinan NGO Belia dan Mahasiswa di Hotel Sunway Putra di sini.
Ruang ini membolehkan pimpinan belia mendengar dan berkongsi pandangan, idea mengenai aspirasi kerajaan khususnya dalam pembangunan generasi muda.
Dalam ucapannya YB Menteri yakin kebersamaan anak muda dan menekankan keperluan setiap belia mempunyai impian dan cita-cita tinggi ‘to make Malaysia Great’.
Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid.