PUTRAJAYA 6 Sep – Telah berlangsung Sesi Libat Urus Kumpulan Fokus Belanjawan 2024 Mengenai Keadaan Isi Rumah anjuran Khazanah Research Institute (KRI) bagi penyediaan input di Kementerian Kewangan.
Program ini dihadiri wakil-wakil daripada Ketua Jabatan/ Agensi Kerajaan, syarikat swasta, pemain industri dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Kementerian Kewangan sedang giat mendapatkan pelbagai input bagi penyediaan Belanjawan 2024 melalui pelbagai sesi libat urus dan kumpulan fokus. Belanjawan 2024 dijangka akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada bulan Oktober 2023.
Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez telah hadir mewakili MBM.
Hadir sama Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi KRI.