MAJLIS BELIA MALAYSIA

“Sembang Santai” Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan bersama kepimpinan MBN Kedah

BALING 29 Nov – Slot “Sembang Santai” sempena Program Jelajah Apa Khabar Belia? bersama Dato’ Ahmad Darus, Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah berlangsung di Resort Baling Inn yang dikendalikan oleh Majlis Belia Negeri Kedah.

Siri Jelajah Apa Khabar Belia? ini diketuai Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun. Hadir sama Pemangku Presiden MBN Kedah, Sdr. Hamdan Jamel dan kepimpinan MBN Kedah.

Pelbagai isu, idea dan pendapat dibincangkan dan diutarakan demi pembangunan belia terutamanya belia yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »