KUALA LUMPUR 9 Jan – Sesi sembang santai antara Dato’ Syed Osman Mohamed yang mewakili Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Encik Razmin Ketua Sektor NGO, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa.
Perbincangan berkaitan membina hubungan dan jaringan antara Sektor NGO, KKM dengan MBM serta badan gabungannya khususnya dalam soal advokasi dan Agenda Nasional Malaysia Sihat.
Semoga jalinan dan diskusi ini akan dapat menghasilkan satu dimensi baru demi pembangunan kesihatan dalam kalangan belia di Malaysia.
Hadir sama Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang yang baru, Sdr. Mohd Hafiz Ali.