MAJLIS BELIA MALAYSIA

SEGMEN MAJLIS BELIA MALAYSIA SEMPENA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2015

Print

1. KONVENSYEN PEMERKASAAN BELIA NEGARA 2015 DAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA

Konvensyen Pemerkasaan Belia Negara 2015 sempena Hari Belia Negara merupakan satu wadah yang amat penting untuk pemimpin-pemimpin belia berinteraksi secara lebih aktif dan membina rangkaian kerjasama demi manfaat bersama. Dalam memacu negara ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi, perubahan asas perlu dilakukan dalam pelbagai aspek.

IMG-20150419-WA0092

Konvensyen ini juga akan disekalikan dengan Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara 2015 yang akan diadakan di PICC, Putrajaya pada 15 Mei 2015. Jika anda berminat, sila hubungi Cik Syafiqah Rahim 03-9173 2761/63 atau daftar secara online di sini

 

 2. ASEAN SKILLS NETWORK 2015 (ASeaN’15)

Asean Skills Network 2015 menjadi platform untuk mempromosi dan menunjukkan komitmen Malaysia sebagai tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN tahun 2015 dan Pertandingan Kemahiran ASEAN tahun 2016. Program juga sebagai salah satu strategi dalam mempersiapkan kontinjen Malaysia ke Pertandingan Kemahiran Dunia di Brazil tahun 2015.

flyer  A4 ASEAN SKILLS NETWORK 2015

 

Antara objektif yang ingin dicapai ialah menggerakkan minat dan penyertaan belia Malaysia dalam bidang kemahiran kearah misi pembangunan modal insan Negara yang bertemakan “Building an ASEAN Community through 1B1K”.

 

Seramai 110 orang peserta dalam lingkungan umur 16 hingga 25 tahun dari negara-negara ASEAN. Pelbagai program akan dijalankan antaranya Pameran 1B1K, Pertunjukan kemahiran, Sesi perkongsian, Lawatan Industri, Mini WorldSkills, Bengkel Kemahiran dan Dialog Ikon bermula 21 hingga 26 Mei 2015

 

 

3. MALAM BELIA BERSELAWAT BELIA CINTA RASUL 2015

 

Dalam usaha menarik minat orang muda dalam mendekati program-program berbentuk keagamaan, malam Belia Berselawat Belia Cinta Rasul 2015 sempena dengan Fastival Belia Putrajaya ini dipilih untuk dilaksanakan kerana pendekatan ini telah mula mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam dan konsep berupa santai ini dilihat mampu untuk menarik minat anak muda untuk bersama-sama berada dalam majlis ilmu ini berselawat bersama-sama dalam menzahirkan rasa cinta kepada Rasul menerusi alunan selawat, qasidah dan berzanji.

Program bersifat santai ini akan terbahagi kepada beberapa aktiviti iaitu Deklamasi Puisi Sirah Rasul, Penceritaan Sirah Rasul, Persembahan Nasyid serta Qasidah dan berselawat yang dicadangkan tarikhnya pada 22 Mei 2015 di Persiaran Perdana, Putrajaya.

Semua belia dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi program ini.

 

4. ‘COLOURS OF ASEAN’

 

Segmen Colours of ASEAN sebagai medium untuk mempromosi dan menunjukkan komitmen Malaysia sebagai tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN tahun 2015 dan dalam usaha menyokong saranan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk merealisasikan ‘ASEAN Berpaksikan Rakyat’ bertemakan “Experiencing Malaysian Hospitality through Festival”.

COLOR-OF-ASEAN-LOGO-ACTIVITY-outlined

 

MBM melihat kepentingan penganjuran segmen ASEAN di Festival Belia Putrajaya sebagai salah satu strategi dalam memperlihatkan penglibatan dan kesediaan belia Malaysia kearah Komuniti ASEAN 2015 sekaligus meningkat dan memperkukuh jaringan di peringkat rantau melalui program-program yang dirancang antaranya Pameran ASEAN, Peringkat Akhir Pertandingan Kuiz ASEAN Khas 2015, ASEAN Youth Performance, ASEAN Food Variety, Young Entrepreneurship Corner, Permainan Rakyat ASEAN, ASEAN Gathering Reception.

 

 

5. PERKAMPUNGAN WARNA WARNI BELIA MALAYSIA

Segmen Perkampungan Warna Warni Belia Malaysia sempena Festival Belia Putrajaya 2015 yang akan berlangsung di Putrajaya. Program ini telah diadakan buat kali keempat semenjak dimulakan pada tahun 2012.

 

Perkampungan ini adalah untuk memenuhi trend terkini di mana acara sambutan Festival Belia Putrajaya 2015 perlu di kongsi bersama oleh semua golongan belia. Perkampungan Warna Warni Belia Malaysia 2015 dirasakan mampu membawa mereka mendekati dan mengenali aktiviti pembangunan belia.

 

Perkampungan Warna Warni Belia Malaysia sempena Festival Belia Putrajaya 2015 ini akan bermula dari 22 hingga 24 Mei 2015 di Putrajaya yang mana ia akan dimulakan di peringkat negeri seawal bulan Mac 2015.

 

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah, Gendang Rakyat 1Malaysia, Sketsa Pendek, Berbalas Pantun, Dikir Barat, Perkusigatra (Percussion), Dikir Karoot Komedia, Teater, Koloni Anak Seni dan Seni Belia Autism

 

 

6. PERTANDINGAN WARNA WARNI BELIA PERINGKAT NEGERI

Pertandingan Warna Warni Belia Peringkat Negeri sempena Sambutan Hari Belia Negara 2015 ini akan bermula seawal bulan April 2014 di setiap negeri.

 

Pelaksanaan Pertandingan Warna Warni Belia Malaysia 2015 ini dibahagikan 3 pertandingan :

 

3.1       Pertandingan Tarian Rakyat (Negeri)

3.2       Pertandingan Gendang 1 Malaysia

3.3       Pertandingan Nyanyian Lagu Puisi

 

Pemenang akan dibawa ke Festival Belia Putrajaya 2015 di Putrajaya untuk membuat persembahan di Segmen Warna Warni Belia Malaysia.

 

 

7. PERKHEMAHAN SAHABAT MBM

 

Perkhemahan Sahabat merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh MBM di Sambutan Hari Belia Negara di mana program ini dilaksanakan untuk memberikan penempatan kepada keseluruhan sukarelawan Festival Belia Putrajaya yang bertugas di sepanjang program. Perkhemanan ini juga menempatkan peserta-peserta bagi program MBM serta pengunjung atau backpacker yang ini menginap bagi bersama-sama mengalami kemeriahan sambutan Festival Belia Putrajaya 2015.sahabat-belia-logo-620x330

Untuk perkhemahan ini, beberapa aktiviti akan dilaksanakan bagi mengisi masa lapang seperti Sukan Rakyat, Wayang Pacak, Permainan Dalaman, Senamrobik (Setiap pagi) dan tempat yang dicadangkan ialah di Padang Berhampiran Tasik, Jalan Tun Hussein, Persint 4, Putrajaya. Seramai 2000 orang sukarelawan akan mengambil bahagian.

 

 

8.PERTANDINGAN FOTOGRAFI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2015

 

Festival Belia Putrajaya 2015 adalah himpunan aktiviti yang menjurus kepada pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan kesukarelaan. Ini bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk ekspresi diri dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka dan mencabar.

 

Pertandingan ini diadakan keranan ia digemari oleh belia serta menyediakan ruang dan peluang kepada mereka mempamerkan kebolehan dan bakat yang ada mengikut gaya hidup masing-masing.

 

Pertandingan ini akan semasa Festival Belia Putarajaya 2015 berlangsung dan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pertandingan harian mengikut Zon dan Pemenang Gambar Terbaik

 

Setiap peserta diberi peluang untuk menghantar sebanyak 20 penyertaan gambar terbaik bagi setiap zon tetapi hanya layak untuk menang 1 hadiah sahaja untuk setiap peringkat.

 

9.YOUTH TOURISM FAIR

Program Youth Tourism Fair merupakan program kerjasama MBM, Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) dan Kementerian Pelancongan ini telah memasuki tahun keempat perlaksanaannya. Program ini menyajikan pakej-pakej pelacongan dengan harga terbaik khusus untuk para belia dimana terdapat lebih dari 80 buah agensi pelancongan akan turut serta dalam segmen ini.

 

Anggaran kehadiran hamper 300,000 pengunjung setiap tahun dan nyata program ini antara yang spot pilihanan pengunjung. Selain pameran terdapat juga persembahan pentas dari kumpulan budaya dan artis tempatan yang turut memeriahkan program ini serta cabutan bertuah yang menyajikan hadiah yang lumayan.

 

 

10.PAVILLION KOPERASI BELIA MALAYSIA

Pavillion Koperasi Belia Malaysia merupakan kerjasama di antara Koperasi Majlis Belia Malaysia Berhad bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam membawakan usahawan Koperasi belia seluruh negara ke Festival Belia Putrajaya 2015. Untuk kali ini, pavillion juga akan bekerjasama dengan Karangkraf untuk membawakan slot busana muslimah.

Jika berminat untuk menyertai pavillion ini, sila hubungi Encik Rhayme Yahaya di talian 012-312 5966

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »