Alor Setar 9 April – Kali ini Salam Anak Muda telah mengadakan siri jelajahnya ke Utara bagi mendekati belia di akar umbi bagi menyelami aspirasi mereka untuk pembangunan belia negara.
Sesi percambahan secara santai ini memberi ruang berbincang dan bertukar-tukar pandangan bersama pimpinan belia kebangsaan. Sesi ini bermula di Kompleks Belia & Sukan Baling Kedah, Infiniti Butik Cafe Seberang Prai Pulau Pinang. Restoran Dunia Kangar Perlis dan Restoran Sri Atap Kubang Pasu, Jitra Kedah. Program dapat menghimpunkan belia-belia dari pelbagai latar belakang agama.
Dalam program ini MBM dihadiri oleh Setiausaha Agung MBM Sdr, Ahmad Saparudin Yusup, Penolong Setiausaha Agung Sdr, Hasnul Fairuz Husin Amri dan barisan Exco – Exco MBM manakala Majlis Belia Negeri dihadiri oleh pimpinan tertinggi MBN dan belia-belia sekitarnya.