MAJLIS BELIA MALAYSIA

Rentap Futsal Medan Tunjuk Bakat Bersukan

Oleh : Siti Amirah Amiruddin ( Bhgn Dasar dan Perancangan Strategik KBS )

Siti.amirah@kbs.gov.my

PUTRAJAYA, 25 MEI 2013 – Kerancakan rentap futsal hari ini diserikan lagi dengan perlawanan persahabatan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menentang  Pasukan Selebriti. KBS yang diwakili sendiri oleh Menterinya, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri, Datuk Saravanan dan barisan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian di Gelanggang Futsal Presint 18 di sini  hari ini.

Paduan tenaga menentang selebriti yang terdiri dari  Fizo Omar, Mohamad Mentor, Azlan Iskandar dan ramai lagi. Pasukan KBS telah berjaya memenangi perlawanan ini  dengan keputusan 3 – 1 dan  gol kemenangan tersebut disumbangkan sendiri oleh Dato’ M. Saravanan.

futsalfbp2013bRentap futsal kemudian diteruskan dengan perlawanan persahabatan antara Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) menentang Majlis Belia Malaysia (MBM) yang masing-masing diwakili oleh Abu Bakar Atan, Tabah Syazwan dan  Presiden MBM sendiri.

Terdahulu, Khairy  sempat menonton perlawanan akhir rentap futsal bawah 18 tahun. Yang diungguli Court Soccer dengan menewaskan Lawang FC 1- 0. Court Soccer selaku Johan  membawa pulang wang tunai kemenangan RM 10,000 berserta medal manakala naib johan      RM 5,000,  medal dan tempat ketiga senamyak RM 2,000 dan medal.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »