MAJLIS BELIA MALAYSIA

Relawan MBM sertai Gotong Royong Mega Pasca Banjir Taman Sri Muda

SHAH ALAM 8 Jan – Relawan Majlis Belia Malaysia (RM) telah menyertai Program Gotong Royong Mega Pembersihan Pasca Banjir di Taman Sri Muda anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.

Program ini dihadiri oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri KPKT dan YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

Relawan MBM antara sebahagian NGO yang turut serta selain sukarelawan SWCorp serta sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain.

Gotong royong ini juga merupakan acara penutup kerja-kerja pembersihan pasca banjir yang telah dilaksanakan selama 19 hari yang bermula 21 Disember 2021. Dianggarkan sejumlah 48,600 tan sisa pasca banjir telah dikutip dan dilupuskan bagi Negeri Selangor.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan misi operasi pembersihan pasca banjir ini terutamanya kepada pasukan SWCorp sendiri, Sukarelawan MyLiveable Squad KPKT, syarikat konsesi (Alam Flora, SWM Environment & Environment Idaman), Alam Flora Environmental Solutions, NGO, Sukarelawan, Pihak Berkuasa Tempatan, KDEB dan lain-lain.

Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak dapat merawat keresahan dan meringankan penderitaan mangsa-mangsa banjir ini untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »