MAJLIS BELIA MALAYSIA

Relawan MBM, MBWP dan PBSC turun padang agih sumbangan kepada keluarga OKU PPR Lembah Pantai

KUALA LUMPUR 17 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Relawan MBM telah turun padang mengagihkan sumbangan pek makanan harian kepada beberapa keluarga Orang Kurang Upaya (OKU) di PPR Lembah Pantai. Turut serta team NENO Malaysia yang telah membuat pemeriksaan kesihatan percuma kepada penerima sumbangan.

Hadir menyampaikan sumbangan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap Ketua Relawan MBM, Sdr. Naseer Mohamed Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dan Sdr. Khairil Roy Azuan, Pengerusi Persatuan Belia Seri Cempaka merangkap Timbalan Presiden MBWP.

Turut diadakan sesi rakaman khas RTM dalam rancangan Hero, sesi rakaman ini diterajui oleh Sdr. Radhi Khalid yang mengisahkan penglibatan Hero Belia dalam memperkasakan masyarakat khususnya bagi golongan OKU.

Selain itu, diadakan juga lawatan ke kebun bandar yang diusahakan oleh Persatuan Belia Seri Cempaka.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »