By Kurniawati Kamarudin
This is the second series on Merdeka celebration. This series focuses on the voice of youth chiefs who represent the younger generation in celebrating the nation’s independence anniversary.
KUALA LUMPUR, Aug 28 (Bernama) — They do it in a different way in showing how much they love their country. The Generation Y (Gen Y) express their patriotism and appreciation with their talents and creativity.
They employ their very own and out of the box approaches in celebrating the country’s independence anniversary and in renewing their Merdeka spirit.
There are some who produce songs and videos, pen poems, send creative Merdeka greetings through facebook and twitter or any other creative channel available.
Yet this generation lament that their skills and creativity are ignored especially by the predecessors – the Generation X.
They see the prevailing attitude of Gen X limiting their avenues in expressing their affection for the country and their appreciation of the nation’s independence.
Gen Y also see that this is why they are misunderstood as an unpatriotic generation.
THE VOLUNTEER WAVE
“Gen X should understand the inherent creativity and the potential of the youngsters and provide a helping hand in bringing them a greater sense of achievement”, said the winner of the Model Youth Award winner, Mohammad Rizan Hassan.
Mohammad Rizan who is also the chairman of the Malaysian Young Humanitarian, the Community Bureau and the Rakan Muda Malaysian Youth Council (MBM) noted that the present day youngsters were more open and express their devotion and affection to the community and nation through their skills and potential.
He provided the rise in volunteerism among the younger generation being a good example especially after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak launched the 1M4U recently.
“The response is often extraordinary especially when it involves volunteer activities among the younger generation through associations or groups.
“Through the activities conducted, they have set the objective of showing the affection for the society and country”, he said.
Among the good example is the volunteer activities conducted by a group on motorcycle in the Klang Valley to provide food for people living on the streets around the city.
Also there are medical students providing social service at old folk homes and other group activities all using their talents and skills.
He said that by serving the country and community through voluntary work, they also contribute towards a matured community.
ACKNOWLEDGING THEM
In celebrating Merdeka anniversary, the contribution of the younger generation should also be recognised and repeating history during every celebration may be not the way anymore.
“Like the pre-Merdeka generation the youngsters too want their role to be acknowledged as well.
“They (the younger generation) feel sidelined as each time the subject of the nation’s independence crops up, it is linked to the struggle up to 1957. It is time that the exemplary members of the younger generation are highlighted as the Merdeka icon”, he said.
The names that have brought glory to the nation at the international stage in any field should be highlighted so that they serve as the inspiration for the younger generation today to collectively contribute to nation building.
It is unfair that the appreciation for the younger generation is shown during Youth Day only, instead Merdeka celebration is the best time to give recognition for the younger generation who had served the country.
He noted that when there were no space and opportunity for the younger generation to show their talent and skills, it creates a void that would prompt them to take their own initiative in expressing their talents and skills.
Thus noted Mohamad Rizan some express their patriotism through creativity say by producing video clips on Malaysia and upload it through social media like in Facebook and Youtube.
“They are technology savvy. They should be given a helping hand in showing their affection for their country in any manner.
“I fear that when there is no support and encouragement, they may go in the wrong direction and that will be a big loss for the community and the country”, he said.
THE YOUNGER GENERATION
Meanwhile, as for the Malaysian Indian Youth Council’s (Bangi branch) advisor, S. Viknesvaran, in uplifting the Merdeka spirit everyone should join in the official celebration held each year at the national or state level.
Admitting that the younger generation were less inclined to join in, he pointed out something has to be done to make the celebration compelling for the younger generation.
“The celebration itinerary has been the same over the years and therefore no longer alluring.
“The world is fast changing, therefore the celebration ideas and itineraries should also change. The events are too formal, something not favourable to the younger generation.
However, he stressed that there were things that should be maintained including the parades to highlight the patriotic spirit and the success attained by Malaysia since Merdeka. Yet, it should also be diversified with many other refreshing colourful events in line with the aspirations of the younger generation who represent a significant portion of the Malaysian population today.
“The success of the 1M4U at KLCC recently, is a testimony you can attract the youths with the progammes that meets their aspirations”, he said.
— BERNAMA
Iktiraf Bakat Dan Kreativiti Generasi Muda
Oleh Kurniawati Kamarudin
Ini adalah siri kedua mengenai sambutan kemerdekaan. Fokus rencana ini berkisar kepada suara beberapa pemimpin belia yang mewakili generasi muda dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan.
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Mereka melakukan cara berbeza untuk meluahkan rasa cinta kepada negara. Generasi muda atau dikenali sebagai generasi Y mengekspresikan semangat kemerdekaan dan penghargaan melalui bakat dan kreativiti mereka.
Pelbagai bentuk dan cara cuba diterjemahkan mengikut acuan sendiri yang luar daripada kelaziman terutama dalam mengingati dan menyemarakkan semangat kemerdekaan.
Ada yang mencipta lagu, menghasilkan filem pendek, sajak, menghantar ucapan melalui facebook dan twitter serta segala bentuk yang lebih kreatif.
Namun luahan kecewa sering dilontarkan oleh generasi muda apabila bakat dan kreativiti mereka sering dipandang sepi terutama oleh generasi X yang lebih senior atau generasi yang lebih awal daripada mereka.
Keadaan ini sering membataskan mereka kerana ruang yang terlalu sedikit untuk mengekspresikannya hingga dikatakan generasi yang tidak patriotik.
GELOMBANG KESUKARELAAN
“Generasi X harus lebih memahami tentang kreativiti dan potensi anak muda dan perlu bersama-sama menyokong menyuburkannya ke arah yang lebih positif”, kata pemenang Anugerah Tokoh Belia Negara, Mohammad Rizan Hassan.
Beliau, yang juga Pengerusi Malaysian Young Humanitarian serta Biro Kemasyarakatan dan Rakan Muda Majlis Belia Malaysia (MBM) berkata, generasi muda hari ini lebih terbuka dan menterjemahkan semangat dan cinta mereka kepada komuniti dan negara dalam bentuk bakat dan potensi yang dimiliki.
Mengambil contoh gelombang kesukarelaan yang semakin berkembang dalam generasi muda hari ini lebih-lebih lagi setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan 1M4U baru-baru ini.
“Sambutan amat luar biasa terutama melibatkan aktiviti kesukarelaan dalam kalangan generasi muda sama ada secara berpersatuan mahupun berkumpulan.
“Melalui aktiviti yang dijalankan, mereka meletakkan objektif untuk melahirkan rasa cinta kepada masyarakat dan negara”, katanya.
Contohnya, aktiviti sukarela yang dijalankan oleh kumpulan bermotosikal di sekitar lembah Klang dengan memberi sumbangan makanan kepada kumpulan gelandangan di sekitar ibu kota.
Begitu juga terdapat kumpulan pelajar perubatan yang menyediakan khidmat sosial di rumah orang tua serta banyak lagi aktiviti kumpulan lain yang melakukannnya berdasarkan kemahiran dan bakat yang ada.
Beliau berkata dengan cara ini selain melahirkan semangat sayangkan komuniti masyarakat dan negara, ia akan menyumbang ke arah sebuah masyarakat yang matang melalui kerja-kerja amal.
“Ia akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab bukan sahaja kepada komuniti tetapi kepada keluarga dan negara”, katanya.
BERI PENGIKTIRAFAN
Mengakui semangat kemerdekaan harus disulami semangat rukun negara sebagai amalan seharian rakyat Malaysia yang bertunjangkan cinta kepada negara. Namun pendekatan baru yang dibawa oleh generasi muda harus juga diiktiraf dan mengulangi sejarah pada setiap kali sambutan kemerdekaan mungkin bukan caranya lagi.
“Anak muda mahu peranan mereka turut diiktiraf sepertimana kerajaan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh para pejuang terdahulu.
“Mereka (generaasi muda) rasa terpinggir kerana apabila sebut hal merdeka sahaja, terus dikaitkan dengan perjuangan sebelum 1957. Sudah tiba masanya kerajaan mengangkat tokoh-tokoh generasi muda sebagai ikon kemerdekaan,” katanya.
Nama-nama yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia tidak kira dalam bidang apa sekali pun harus diangkat agar menjadi inspirasi kepada generasi muda hari ini untuk bersama-sama menyumbang kepada negara dalam mengisi kemerdekaan ini.
Tidak sepatutnya, penghargaan kepada generasi muda hanya diberikan pada sambutan Hari Belia semata-mata, sebaliknya pada hari sambutan kemerdekaan adalah waktu yang paling sesuai untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah berjasa dan bersungguh-sungguh menyumbang kepada negara.
Katanya, apabila tidak terdapat ruang dan peluang untuk generasi muda mengiktiraf bakat dan kebolehan mereka, seolah-olah terdapat kekosongan dan mereka akan mula mengambil inisiatif sendiri untuk meluahkannya.
Mohamad Rizan berkata kerana keterbatasan itu, ada dalam kalangan mereka meluahkannya dalam bentuk seni dengan menghasilkan klip video mengenai Malaysia dan kemudian memuatkannya melalui media sosial yang ada seperti Facebook dan Youtube secara suka-suka.
“Mereka adalah pengguna teknologi yang cukup mahir. Sepatutnya usaha menggalakkan anak muda melahir dan meluah rasa cintanya kepada negara tidak kira dalam bidang apa sekalipun harus dibantu dan disokong.
“Kita takut apabila tiada sokongan dan galakan itu akan menyebabkan mereka mencari jalan ke arah yang negatif dan memberi kesan bukan sahaja kepada komuniti malahan negara”, katanya.
GENERASI MUDA TIDAK MENOLAK
Sementara itu, penasihat Majlis Belia India Malaysia (cawangan Bangi), S. Viknesvaran berkata, jika ingin membangkitkan getaran semangat kemerdekaan, setiap orang harus bersama-sama meraikannya terutama pada acara rasmi yang diadakan setiap tahun sama ada di peringkat kebangsaan mahupun negeri.
Mengakui generasi muda hari ini kurang berminat untuk turut serta, beliau berkata sesuatu harus dilakukan oleh kerajaan agar acara tersebut dinantikan dan diikuti oleh generasi muda.
“Acara tahunan sambutan yang dihidangkan sudah terlalu biasa bagi mereka dan sudah boleh dihafal serta tidak ada yang memberi tarikan untuk mereka turut terlibat mengikuti acara itu.
“Apabila dunia sudah berkembang dan berubah, sepatutnya idea dan acara sambutan kemerdekaan juga harus berubah. Acara yang dihidangkan terlalu formal, sedangkan generasi muda hari ini tidak suka begitu.
Tegasnya ada beberapa perkara perlu dikekalkan antaranya acara perbarisan bagi menampakkan semangat dan kejayaan yang dicapai Malaysia.
Namun harus juga dipelbagaikan dengan persembahan lain yang penuh warna- warni dengan idea segar yang bersesuaian dengan generasi muda yang kini adalah golongan majoriti masyarakat Malaysia.
“Contoh dalam program pelancaran 1M4U di KLCC baru-baru ini, begitu ramai generasi muda terutama belia yang hadir. Ini kerana program tersebut dijalankan secara santai dan memenuhi apa yang mereka kehendaki,” katanya.
— BERNAMA
Last Updated ( Wednesday, 29 August 2012 11:09 )