MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Sokongan Psikososial didik masyarakat tangani mental health

SUBANG 10 Sep – Dalam usaha membantu kerajaan menyebarluas pendidikan tentang kesihatan mental dalam kalangan masyarakat, Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Rahmah Support Team -RST dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan Program Sokongan Psikososial Minda Sihat Keluarga Malaysia di PPR Lembah Subang.

Program di bawah inisiatif PEMULIH ini menitikberatkan mekanisme penyelesaian dan cara efektif bagi menangani masalah kesihatan mental yang membelengu masyarakat pasca Covid-19.

Sesi ceramah dan bengkel disampaikan oleh Kaunselor dari LPPKN, Kementerian Kesihatan dan RST.

Majlis penutup disempurnakan oleh Encik Fauwaz Hasbullah, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga LPPKN. Hadir sama Sdri. Ruby Chow Heng Yee, Naib Presiden MBM dan Exco MBM, Sdr. Eow Shiang Yen merangkap Setiausaha Agung YBAM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »