MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS Majlis Belia Malaysia (MBM) Siri Ketiga

Dalam Talian | 9 Disember – Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS MBM telah berjaya dilaksanakan bagi siri ketiga dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Peserta telah selesai mengikuti program ini bermula 7 hingga 9 Disember 2020.

Program telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM. Antara perkara yang diterapkan dalam program tersebut adalah mengenai kemahiran dialam pekerjaan, cara mendapatkan pekerjaan yang berkesan, keusahawanan digital, slot latihan temuduga, pembentukan insan dalam pekerjaan serta kefahaman kewangan dan perkongsian mengenai hak pekerja.

Seramai 68 orang peserta telah menyertai latihan siri ketiga kali ini. MBM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para peserta siri ketiga. Semoga dengan ruang latihan yang diberikan dapat dimanfaat sebaik mungkin dalam bidang kerjaya yang diceburi serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »