Dalam Talian | 15 Disember – Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS MBM telah berjaya dilaksanakan bagi siri kelima dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Peserta telah selesai mengikuti program ini bermula 13 hingga 15 Disember 2020.
Program telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM. Antara perkara yang diterapkan dalam program tersebut adalah mengenai kemahiran dialam pekerjaan, cara mendapatkan pekerjaan yang berkesan, keusahawanan digital, slot latihan temuduga, pembentukan insan dalam pekerjaan, komunikasi berkesan serta kefahaman kewangan dan perkongsian mengenai hak pekerja.
Seramai 50 orang peserta telah menyertai latihan siri kelima kali ini yang merupakan siri terakhir. MBM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para peserta siri kelima. Semoga dengan ruang latihan yang diberikan dapat dimanfaat sebaik mungkin dalam bidang kerjaya yang diceburi serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara.