Pahang | 19 Mac Majlis Mengadap KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibn Al Sultan Abdullah Riayatuddin al-Mustafa Billah Shah oleh Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Majlis menghadap diadakan di Istana Abdul Aziz, Pahang.
MBM menjunjung Kasih Tuanku atas perkenan dan nasihat khususnya berkaitan pembangunan belia di Malaysia dan Pahang.
Antara perkara dibincangkan ialah membawa agenda Krisis Iklim dan Alam Sekitar yang menjadi sebahagian dari fokus utama Kebawah Duli Tuanku di Pahang ke peringkat nasional.
MBM juga akan terus menjadi jambatan didalam mempereratkan hubungan antara Istana dan anak muda Malaysia serta menjunjung prinsip kedua Rukun Negara, Kesetiaan pada Raja dan Negara.
Daulat Tuanku dan Dirgahayu Tuanku!