KUALA LUMPUR 3 September – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama pimpinan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dalam usaha mengeratkan kerjasama padu antara kedua duanya demi kebaikan bersama.
Perbincangan merangkumi persiapan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan, Retreat MBWP bersama Kementerian Wilayah Persekutuan, Pelan Jangka Panjang MBWP dan Belia Wilayah, Program Belia Anti Rasuah dan Tabung Aktiviti Belia.