MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan Presiden MBM bersama NGO 2030 Youth Force United Nations (UN) Vietnam di Hanoi

HANOI 19 Mei – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah mengadakan pertemuan bersama NGO 2030 Youth Force di Hanoi, Vietnam.

Pertemuan berlangsung di Green One UN House disertai Cik Vuong Hong Ngoc (Youth Community Engagement Officer) United Nations (UN) Development Programme dan wakil daripada NGO 2030 Youth Force iaitu Cik Dao Ngoc Phuong Linh (Chairwoman), Encik Le Hoang Hai (National Coordinator), Cik Nguyen Dieu Linh (Research & Development Coordinator) dan Cik Pham Nguyen Khanh Linh (Assistant to National Coordinator).

Pertemuan membincangkan mengenai hubungan dua hala dan berkongsi idea mengenai belia Malaysia dan Vietnam.

Dalam masa sama, beberapa rangka kerja strategik dibincangkan bertujuan meningkatkan hubungan belia di rantau ASEAN khususnya belia Malaysia dan Vietnam bagi meneroka peluang yang ada di kedua-dua negara.

Turut sama dalam pertemuan ini adalah, Ketua Penerangan Majlis Belia Negeri Pahang, Sdr. Mohd Nur Zulfardli Mat Daud.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »